Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran rasmi model terbaru Proton, P3-21A yang dijangkakan akan soft launch pada bulan Mac ini. Adakah akhirnya Proton akan menghasilkan killer product yang akan menjadikan semua pesaingnya tidak lagi relevan? Atau ringkasnya, ada apa dengan Proton P3-21A?
Dari Sudut Saiz.
Pada pertengahan bulan ini kita telah disajikan dengan data paling lengkap tentang model P3-21A ini. Dimensi lengkap pun sudah kita ketahui. Jikalau diperhatikan jadual dibawah, nyata Proton telah mengambil kira semua model-model pesaingnya dari segment B (bagi pesaing di Malaysia) mahu pun C (untuk pasaran global), dan memberikan one-up daripada model-model itu.
Dari segi panjang keseluruhan, P3-21A lebih panjang daripada Civic, Elantra dan Forte. Honda City dan Toyota Vios sememangnya a class below dari segi panjang. Model terlaris Malaysia, Myvi sengaja dimasukkan untuk perbandingan, supaya rakyat Malaysia dapat membuka mata dan berfikiran rasional menjelang pelancaran P3-21A nanti. Model P3-21A memang besar, umpama model Persona yang discale-upkan 5%. Ini dibuktikan dengan dimensi tingginya, 1,524mm yang lebih menjurus kepada dimensi kereta hatchback. Wheelbase pula 2,650mm, 20mm lebih pendek dari Honda Civic baharu. masih belum diketahui, namun pastinya sekurang-kurangnya 2,700mm. Dari segi but pula, saiznya 2L lebih besar daripada class-leader Honda City, dan 300L lebih besar daripada Myvi.
Dari Sudut Rupa.
Tidak berapa lama dulu Proton mengatakan mereka mengupah Italdesign untuk merekabentuk model P3-21A ini. Namun sejauh mana penglibatan Italdesign dalam rekabentuk P3-21A tidaklah diketahui sebab rupanya yang agak keMalaysiaan. Namun, rupa P3-21A cukup handsome untuk mengatasi pesaing terdekatnya seperti Honda City, Toyota Vios and Naza Forte yang sudah dimamah usia. Rekabentuk P3-21A didominasi olah bukaan grill depan yang agak besar dan dihiasi dengan evolusi terbaharu sirip krom yang menatahkan lambang Proton di bahagian tengah. Wheel arch pula sedikit kembang, dan di sokong pula dengan garisan badan yang lebih tajam. Lampu belakang pula dihiasi LED dan rekabentuk asasnya sedikit sebanyak mempunyai ciri-ciri Saga BLM. Harapnya tema ini akan menjadi rekabentuk korporat Proton buat masa ini, bukannya sentiasa bertukar setiap kali model baharu diperkenalkan.
Jikalau MMN ditanya dimanakan kelemahan rekabentuk Proton selama ini, pasti jawapan MMN ialah interior. Apa tidaknya, Saga and Exora seolah-olah kereta Korea lewat 90an, bagaikan direkabentuk sekumpulan stylist yang dikurung didalam gua sejak tahun 1995. Namun, imej pertama dalaman P3-21A agak memberangsangkan. Meskipun ciri-ciri Asia masih jelas, sekurang-kurangnya nampaklah ciri-ciri abad ke-21 dalam elemen-element rekabentuknya. Ditambah pula dengan trend rekabentuk dalaman sekarang yang terdedah kepada rasionalisasi kos, dimana hard plastic ialah a new soft, tanya saja Honda Civic baharu.
Dari Sudut Kelengkapan.
Tiada pertandingan lagi disini. Terima kasih kepada Proton-Sales, umum sudah disajikan dengan semua gadget yang bakal melengkapkan model P3-21A ini. Antaranya ialah:
- Auto fold/unfold side mirror
- Auto Off Rear Demister
- Follow Home Lamp
- Headlamp Warning Buzzer
- Trunk Remote Release
- Front & Rear Socket 12V
- Utility Hook at front passenger and B-pillar
- Low Rear Hump
- Front & Rear Fog Lamp
- Anti-Trap Power Windor
- Water Repellent Seat Material with 60/40 split
- Smart Info Display (SID)
- Autolock & Advance Lock System
- Magnesium Door Inside Handle
- Keyless Entry
- BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
- YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
- S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
- BCM - Body Control Module
Dari segi safety pula:
- 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
- TC (Traction Control)
- ESC (Electronic Stability Control)
- BA (Braking Assist)
- 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselamatan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
- 5 STARS Australia NCAP
Dari Sudut Enjin.
Proton P3-21A bakal dikuasakan oleh siri Campro IAFM dan juga CFE (olahan lengkap klik di SINI). Model trim Executive akan menggunakan enjin IAFM dengan pilihan transmisi manual atau CVT, manakala model Premium bakal dijanakan oleh enjin CFE yang menerjahkan 138bhp and 205Nm dan menyalurkan kuasa ini melalui transmisi CVT dengan manual shift 7 kelajuan. Model CFE mampu memecut ke 100 km/j kurang 10 saat.
Dari Sudut Harga.
Berita Harian melaporkan harga Proton P3-21A adalah disekitar RM60k ke RM70k sahaja. Jikalau benar, bayangkan semua ciri-ciri di atas di dalam kereta sebesar Honda Civic pada harga bawah RM80k? Perlukan anda membeli hatchback kecil semata-mata ada DNA Jepun? Fikirkan lah....
3 comments:
Wheelbase 2650 for P3-21A
ciri luaran paling hampir, Mazda
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/85/2007-Mazda3-Sedan.jpg/800px-2007-Mazda3-Sedan.jpg
sorry bro..you comments rasanya tak betul langsung...dari segi design..proton makin ke belakang.. teknologi korean dah lama...muncul dengan auto sensor, shifter etc...pada saya amat rugi...
Post a Comment