18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para pembaca Malaysia Motoring News yang beragama Islam. Saya juga ingin memohon maaf seikhlasnya andai ada penulisan saya yang menyinggung mana-mana individu atau pihak. Kepada yang memandu ke destinasi kampung yang jauh, bersabar and berhemahlah di atas jalan raya. Ingatlah keluarga yang menanti kita di sana.

Saya juga ingin memanjangkan penhargaan kepada para pembaca yang setia mengikuti Malaysia Motoring News selama setahun lebih ini. Anda semualah yang memberi kekuatan untuk saya terus menulis, mencari bahan, mencari test car, berkongsi ilmu automotif (walaupun agak limited) and mencurah pendapat. Kepada yang memberi komen, samada private ataupun public, terima kasih saya ucapkan. Mungkin jumlah artikel tidaklah semeriah tahun 2011 kerana tuntutan dedikasi masa untuk kerja, saya percaya dan akan cuba mengamalkan "quality over quantity".

Kepada keluarga saya iaitu isteri tersayang, putera and puteri-puteriku, terima kasih di atas sokongan and korbanan masa yang dicurahkan selama ini. 

Kepada rakan-rakan sekerja (dan rakan sekerja isteriku), terima kasih kerana mengikuti blog ini. Kepada yang beraya di peratauan, nikmatilah peluang ini kerana sesungguhnya kemeriahan beraya di luar negara ini lain rasanya, namun tidak kurang nikmatnya! Kepada bekas-bekas rakan sekerja di Proton, LEM and ATSB, selamat hari raya untuk anda juga and selamat maju jaya!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya and happy holidays! you're the best!