20 February 2012

Toyota Prius C di lancarkan di pasaran Malaysia

UMW Toyota hari ini melancarkan model hibrid terbarunya, Prius C ke pasaran Malaysia. MMN telah mengulas tentang model hibrid terbaru Toyota ini pada November tahun lalu, semasa ianya di lancarkan di pasaran Jepun dengan menggunakan nama Toyota Aqua, klik sini untuk artikel.

Model in di kuasakan oleh enjin 1NZ-FXE 1,497cc Atkinson cycle yang di hubungkan kepada sistem hibrid Toyota THS-II. Enjin petrol 4 silinder dengan mekanisma VVT ini menghasilkan kuasa sebanyak 73PS@4,800 rpm and tork 111Nm@4,000rpm. Motor elektriknya yang dikuasakan oleh sistem bateri Nikel-Metal Hydride mengeluarkan 61PS and 169Nm and kombinasi kedua-dua sumber kuasa ini menghasilkan 101PS. Toyota Prius C menggunakan sistem transmisi CVT. Bagi pasaran Jepun, Toyota telah mengisytiharkan kadar penggunaan minyak sekadar 40 km/L untuk 10.15 mode, manakala bagi cycle Eropah pula, kadar penggunaan minyak 26.5 km/L masih boleh di banggakan. 

Dari segi saiz, Toyota Prius C lebih kecil daripada Honda Insight yang merupakan pencabar terdekatnya dari segi harga. Dengan dimensi panjang keseluruhan 3,995mm, Toyota Prius C jauh lebih pendek berbanding Insight yang berukuran panjang keseluruhan 4,390mm. Lebarnya ialah 1,695mm and tinggi 1,445mm. Wheelbase ialah 2,550mm. Selain dari menyediakan ruang kabin yang mencukupi, Prius C juga praktikal dengan saiz boot 305L yang juga fleksibel dengan seat belakang yang boleh di baringkan dengan nisbah 60:40.

Untuk pasaran Malaysia, UMW Toyota telah melengkapkan model Prius C ini dengan tahap aksesori yang agak komprehensif terutamanya dari segi keselamatan di mana  Prius C dilengkapi dengan 7 beg udara, 3-point tali keledar untuk ketiga-tiga penumpang belakang, ISOFIX di kerusi belakang, sistem traction control, ABS dan juga EBD.

Dari segi kelengkapan dalaman pula, data-data kereta di sampaikan kepada pemandu melalui skrin TFT 3.5". Sistem audio pula adalah bersaiz 2-DIN yang memainkan MP3, USB, iPOD, radio dan CD.

Untuk chassisnya pula, Prius C menggunakan sistem suspensi yang biasa bagi kelas ni, iaitu McPhersons Strut di hadapan and torsion beam di belakang. Sistem kuasanya menggunakan sistem elektrik, manakala breknya pula menggunakan cekera di hadapan dan drum di belakang. Saiz tayar dan rim adalah 185/60 R15 dan tayar simpanan juga turut menggunakan saiz yang sama.

Walaupun jauh lebih pendek daripada model Insight, namun Toyota Prius C ini juga lebih murah sedikit berbanding model laris Honda hibrid itu. UMW Toyota meletakkan harga RM 97,000.

Untuk lebih informasi tentang Toyota Prius C, sila rujuk artikel MMN yang terdahulu di sini.

Sumber gambar: Paultan.





No comments: